rainbow link

Monday, 16 January 2012

Ikut Kaki

gambo tok ado kaitan pon -,- 15jan12 muehehe


I don't know why..
Asal aku ada masalah je,. aku akan jalan-jalan.. 
ikut kaki aku..
Mana dia berhenti.. 
Di situ aku berada..

Kalau aku bingung, aku akan meluahkan perasaan aku..
Tak kira siapa yang hadir pada ketika itu..
Aku harap, dia atau dia sudi mendengar rintihanku..
Tiba suatu detik, mereka akan beredar..
Di situlah titik noktah cerita ku..

Dan aku mencari lagi..
Aku mencari jalan penyelesaian..
Tapi..
Aku keliru.. 'ehh,yang mana satu?'
Aku bingung.. 'yang tu ke,yang ni?'
Tiba di suatu saat..
Aku bosan.. 'apa-apa aje lah..'
Dan.. sehinggakan aku berhenti berfikir.. aku terdiam..

Aku menutup mata.. aku bayangkan diriku berada di suatu bukit yang tinggi..
Tinggi sangat..
Aku nak terjun.. sebab aku nak terbang..
Aku nak kan ketenangan..
Aku nak lepaskan masalah..
Tetapi, aku tak terfikir yang bahaya yang akan menimpa aku..
Ahhh! Aku tak peduli.. Aku rasa, tiada insan yang memahami diriku..

Aku ikut kaki..
Aku ikut kakiku..
Dialah kudrat ku samaada jatuh atau bangun diriku..

No comments: