rainbow link

Saturday, 12 December 2015

Cuba Baca

Assalamualaikum & Salam Sejahtera..


This is my first time uolls.. post guna mobile phone.. seems like a little bit awkward 😂

I miss to write!
I just miss my previous life!

Tapi tu laa... hidup ini walau apa pun yg terjadi, kita kena teruskan juga.. walau pahit, walau manis.. kena teruskan juga..

Sebenarnya.. I tak ready lagi nak face masa hadapan tu.. I just can't! I actually sejenis manusia yg sukar menerima hakikat.. I just can't be ready.. Tapi yes, ready tak ready, I kena tetap tempuh liku-liku tu.. tapi tengok, the result sekarang..

I'm leaving here on earth just move on macam tu je.. susah nak cakap rasa gembira or bahagia tu macam mana.. kadang hadir, kadang berambus macam tu je tanpa meninggalkan hint or nota-nota ringkas..

Kenapa? Sebab I bodo-bodo move on.. tak prepare pape pun..
How and When shall I start? I'm not sure..

Move on.
Ni lagi satu.. I bukan merujuk pada cinta.. pada semua...semua sekali..

I just need the strength back.

I just need a time..

I just need YOU.


Thursday, 5 February 2015

Guna

Kekadang aku tak faham.. aku macam terasa bodoh..
Rasa macam kena pukau..
Aku sebenarnya kenapa ek? Aku pun tak sure..

Sukar utk aku gambarkan apa yg aku rasa sekarang..
Hmm, sebenarnya.. minta tolong ke mempergunakan?

Aku malas nak bahas.. aku sedaya upaya nak jaga hati semua supaya semua tak terluka..
Tapi hati aku? Okay,. ada yang kata mereka jaga.. tapi kenapa mereka juga yang pijak2 hati aku..?
Yang mendamparkan hati aku? yang baling2 hati aku?

Hemm, tidak mengapalah.. aku dah biasa, mungkin?~
Kalau nak teruskan terpulanglah..
Hati masing2.. jiwa masing2.. sebab akhirnya yang jadi persoalannya aku..
"Kau siapa nak tanya2?" kann.. kann.. :)



Sunday, 25 January 2015

Pergi Setelah Berjanji

Lalu aku pun duduk bersila di tepi tirai jendela..
Aku merenung ke luar..
Pemandangan sungguh tenang..
Bunga pun bekembang mekar, sang burung pun terbang bebas di awangan..


Fikiran ku kosong waktu itu..
Habis.. Habis.. Semua kisah silam pun bermain dalam ingatan..
Masih terus bermain di dalam ingatan..


Waktu itu, kita sama-sama mengukir janji..
Kita berdua bak insan dua sejoli..
Semua sama..
Baju sama, kasut sama.. hati yang sama.. wajah kita pun kian hampir sama..
Semua orang kata begitu..
Sampai aku terkesima dibuatnya..


Ah, Indahnya dunia!
Masa tu, aku nampak muka kau bersinar seperti pelangi petang yg berwarna warni..
Oh! Aku rasa dunia ni, aku yang punya bila melihat kau bahagia disamping aku..
Kau pun kata, sebab aku kau bahagia..
Aku pun tersenyum gembira..


Kau bawa aku pergi bercuti, bergembira sana sini tanpa kau mempedulikan wang ringgit..
Sebab kau kata, suatu hari nanti harta kau akan jadi milik aku walaupun aku tak pernah terlintas untuk memiliknya.. aku tak kisah, janji kau bahagia..
Kau pun berjanji ingin menyunting hatiku..
Menjadikan aku permaisuri hidupmu..

Terkadang itu,
Aku merajuk, kau sentiasa pujuk..
Tanpa mempedulikan penat lelah kau..
Kau hantar aku, kau ambil aku ketika aku memerlukan kau..


Kau tahu? Bila aku berada disamping kau, aku rasa selamat sangat..
Aku rasa, kalau gergasi sentuh aku pun, dia akan mati ditangan kau..
Aku rasa bahagia sangat..
Bahagia bak jutaan debunga kembang mekar diwaktu pagi..


Dengan kau, aku jarang.. jarang sekali meniti hari yang kelam.. hari yang kilat..
Semua mimpi buruk, jarang datang kepada aku..
Aku bersyukur sangat kepada Tuhan sebab kau dengan aku bahagia..
Aku dengan kau lagi lah gembira..



Beberapa tahun pun sudah berlalu..
Aku masih samar lagi..
Mengapa kau semakin jauh daripda aku..?
Mengapa kau semakin kasar kepada ku..?
Mengapa kau semakin menjadi sibuk bila ingin mencari waktu dengan ku..?


Waktu tu, aku keliru..
Kenapa ditakdirkan begitu?
Kenapa mimpi buruk menerpa aku?
Waktu itu, aku pasrah..
Pelbagai cara aku sedaya upaya memjukmu..


Mutiara jernih yang dulunya tersimpan rapat didalam peti, kini mencurah-curah membasahi pipi..
Aku mula gelisah..
Gelisah sangat..
Hati aku kian berkecamuk..
Mengapa semua ini terjadi?
Aku selalu menyalahkan diri aku..
Walaupun, aku masih lagi mencari-cari kesalahan diri ini..
Sehingga kini..


Hari demi hari..
Aku pasrah..
Aku redha..
Aku tiba menjadi kuat..
Dengan ketentuan Tuhan ini..
Aku percaya,
Ya! Aku percaya..
Kelak nanti, aku pasti menjamah hari bahagia..


Mungkin, walaupun tidak bersamamu,
Mungkin..
Bersama orang yang lebih menghargai aku..


Pergilah engkau wahai kekasih hati,
Aku redha dengan ketentuan ini..
Tidakku pinta pun semua ini terjadi..
Walaupun engkau..
Pergi Setelah Berjanji..





Aku dedikasikan ini khas buat temanku baikku.. 
Kau sungguh kuat..
Aku sayang kau :')


Saturday, 24 January 2015

Penat


Penat tau sebenarnya..
Bila kena tipu..
Kena gebang..
Kena bashed..


Haih, siapa tak penat kan.. setiap kali bicara, macam pelangi semua kata-kata..
Bila pinta beraksi, semua krikk krikk..
Hmm, mengapa?


Nak salahkan siapa?
Nak tuding jari ke arah siapa?
Semua senyap..


Yang hanya mampu.. merancang ek..?
Nak tepatri tu susah ek..?
Kalau dah tahu susah dan sukar, mengapa bahaskan masa hadapan?
Mengapa janjikan masa yg terindah?
Bukankah itu menyakitkan?

Penat.



Wednesday, 21 January 2015

Pisah

Gua tak sangka.. masa malam tu.. masa kita tiga naik motor dari pv10 ke Uptown Danau Kota tu adalah hari hari terakhir kita chilling..
Gua tak sangka, malam tu kita gelak kuat kuat macam sakai, makan chicken chop paling mahal, masa tu juga kat Uptown tu first time rasa macam krikk kriikk je.. masa tu juga ada cina mana nyanyi lagu hindustan.. pelik.. tapi kelakar gila kan malam tu ? :')


Masa tu, suasana pun agak busy sikit sebab ada notis daripada warden atasan suruh keluar rumah kan.. masa tu semua busy gila..
Masa tu, gua dah nak kena pergi..
Gua tak sangka plak hari Jumaat petang uh last sebab planning gua nak balik ahad petang tu.. tapi, nenek gua tak sihat.. hmm family comes first kan.. gua minta maaf..









Untuk muni ,
Gua harap babe, soon kita dapat kumpul sesama..
memori uh.. gua tak dapat nak ingat siakk.. banyak sangat..
masa uh kita chat sampai pagi sebab gua emo dengan dunia khayalan.. lu layankan je.. bagi pendapat bertengkek2 kat gua semua..
Lu as a fortune teller kan, gua pun akur semua.. sebab gua percaya kat lu babe.. :'D haha


Banyak sebenarnya gua nak citer.. tapi sedih tu, air mata tu over noh nak berderai skrg.. damn! benci hokayh..


Hmm, nanti kalau gua balik KL, tak dapat nak berkumpul 3 macam biasa, menyakai macam hape.. kat kedai makan tak ingat dunia.. cerita apa yang tak puaty.. shishh? haha lupakan..
hmm, lepas ni gua dengan Yikah je nanti babe..

Gua rindu lu babe.. rindu kat yikah.. rindu kita tiga..
Hope sangat lepas ni jumpa..
Gua tau gua agak merepek ni.. haishh tapi tah laa.. my phalanges can't even stop from typing!

Goodluck korang for intern and practical! love you all!

xoxo my #CrimePartners

Monday, 19 January 2015

Keliru

 Sebenarnya, aku tak pasti apa yang aku nak dalam kehidupan yang fana ini..
hati aku selalu tak tenteram.. tak tenteram pun aku tak pasti sebab apa..
Aku takut, takut sangat kalau aku ni adalah dikalangan manusia manusia yang tak bersyukur..


Hmm, apa yang aku perlu buat sekarang? Yes, for sure aku kena redha je kan dengan semua perkara?


Entahlah, makin aku dah menjangkau dewasa, makin hilang aku punya jati diri, pegangan diri, pendirian..
Aku selalu keliru..
Telan capsule 10 biji pun aku masih keliru dan terus keliru..


Aku tak tahu apa yang sebenarnya aku nak dalam hidup ni..
Sebab banyak sangat pilihan..
Sampaikan pilihan yang senang pun aku keliru..


Aku sampai tak boleh nak jawab bila orang lain tanya apa masalah aku sebenarnya..
kau tahu tak, aku keliru? orang lain semua tak pernah faham.. they kept on asking the same fucking ques again and again..
aku tak tahu nak rungkai kan macam mana lagi..
It's not that easy beb..


Yes, aku dah 21 tahun dah.. tapi, tu lah,. dalam usia aku yang macam ni.. sepatutnya aku dah tahu apa perjalanan hidup aku.. duit sendiri.. idealistik.. tapi? semua punah.. semua hancur.. sebab apa? sebab aku masih samar2 lagi dan keliru,, haishh..

Apa nak jadi? Tah,.. aku pun tak pasti..



Friday, 9 January 2015

Hati


Aku tak sure nak rasa macam mana.. cinta atau sayang? entah entah..
yang pasti.. aku rasa semua kian berubah.. 

Hati aku selalu meraung..
Aku tak pasti.. 
Aku perlu diary..