rainbow link

Saturday, 19 August 2017

Who cares

Biasanya,
Kalau aku update, aku akan merujuk pada hal sebenar apa yang aku tengah lalui..

Kalau aku kata itu aku buat buat tu, sebenarnya aku tipu! hahaha sebab apa aku tipu dengan post yang lepas2 tu? sebab aku nak sedapkan hati, aku nak jaga hati orang yg mungkin akan baca..

Tapi aku tahu, tak semua yang akan baca..
Tak semua orang nak tahu pun..
Who cares?

Tapi aku sedih ah apa yang jadi kat diri aku sekarang ni..
Sampai orang pun noticed..
Aku malu kot..

Aku tahu, sesetengah yang ambil paruah pasal hal ni pun, sebab acah-acah..
Tak de sape yg kisah pun sebenarnya..

Tapi serious, seriously aku sedih bila orang yang aku sayang, macam tak kisah je..
Memang laa dia kata dia kisah, tapi aku tak nampak pun effort dia..


Oh yaa, mungkin aku silap kot..
Lelaki kan suka buat mende surprise kan..
Aku cuma harap, dalam perhubungan ni, takde siapa yg akan dipergunakan antara satu sama lain..

Sebab bila akan ada perasaan tuh, sedih kot..
Sedih..


Dah, BYE

Thursday, 17 August 2017

Short Vacay : Melaka

Seriously, lama tak update blog.
I know, tiada siapa pun kisah! haha

Ramai sekarang masih layan drama dusta kat Facebook, 
Cerita bunuh diri dak dak WeChat,
Gossip tak boleh blah kat WhatApp,
Show off naked picture kat Instagram.. LOL!

So, dikesempatan ni, iolls nak upadate sikit throwback throwback yg ada kat album iolls..


Akhir bulan July & awal bulan August ni memang hectic gila..
Boleh dikatakan iolls ulang alik Johor - Kolumpo.. perghh, iolls buat Kolumpo Johor ni macam Pasir Gudang nak ke Bando JB seyh.. gerek tak gerek ah an! 


Ok, disebabkan iolls dah menganjak dewasa, poket money tu, ada lah sikit hasil daripada titik peluh bekerja ni, dapat jugak laa rasa pergi bercuti..


Bercuti  tu, takde laa jauh mana.. nak kata dekat pun takde jugak.. sipi sipi laa! haha


Bermulanya macam ni, iolls and 2 of my bffs plan ke Tanjung Bidara, Melaka.. 
But, Zyron tak dapat pergi, :( Only me & Nuron je.. :')

So yeahhh, laut dia kat Selat Melaka laa, of course! haha, Selat paling TERSIBUK  DUNIA wa cakap lu! 
Tak percaya? Percaya je lah~

Masa tu, malam, lepas iolls balik kerja..

We all tertinggal okay bus ke Melaka! Bayangkan, hotel semua dah book, dah bayo.. LOL
Tapi weoolls gigih seyh nak jugak sampai malam tu! So, dengan tingginya confidence level weolls ni, weolls cari mana-mana lawan web kengkonon ada jual ticket ke Melaka malam uh jugak.. tapi still tak jumpa! 

Dengan Nuron belum start makan ayam kepci nya, gigih search kat GrabCar dari Terminal Bersepadu Selatan, KL ke HOTEL SENTRAL RIVERVIEW, ML! haha! Tak sangka ada mamat emo nak matey ni sudi pick up weolls. yang tak boleh blah, untunglah mamat ni, nak tengok anak bini, dapat free duit tambang RM144, free tol.. apak ah! Kay, rezeki dia.. Alhamdulillah, malam yg hectic tu, Allah permudahkan segalanya.. Dengan dapat bilik yg classy tak setanding dengan harga yg weolls bayo.. 
Mana nak cari bhaii! RM80 je~








hehe, siang tu, weolls cari Sarapan naik beca! RM10 je sebab weolls tawo habis habisan kat Apek uh.. kahkah, bayangkan uncle tu kayuh beca dengan badan iolls yg over 100kg ni LOL




Weolls makan asam pedas kat kedai yg  tak popular.. tak ingat laa apa nama kedai ni, nama kedai uh tak kelakar pun, tapi serious mudah terhibur dengar nama empunya kedai ni haha, makanan? not bad laa rasanya ~
Se-set dalam RM7 macam tu, exclude air ah.. 


Lepas uh, weolls jenjalan ler kat bandar Melaka ni, naik GRABCAR ke A'famosa punya bangunan lama.. Kiranya, area Bandar Hilir la.. Seriously, tukang GRABCAR kat sana, sopan & baik2.. Baik2 tu of course laa, tapi peramah gilaa hokayh! Siap jadi tour guide lagi dok explain2 kat dua jelitawan dari Kuala Lumpur & Shah Alam tapi yang berasal usul dari  Johor Bahru ni haha! ~~~






Banyak sebenarnya gambo, haha~ 
Okay, untuk kat bando Melaka ni,lunch kiteorg makan kat cafe hotel je.. huhu



Then  lepas tu, weolls amek keputusan untuk berdikari naik bus ! hahaa! 
Gila ah asyik naik grabcar je kan HAHA~



Kiteorang naik bus Panorama dari Melaka Sentral ke Masjid Tanah! I tak ingat laa tambang berapa sebab i pakai kad sentuh&pergi! Hurmm.. distance? Fuhh, sakit pinggang seyh, dah ah panas, lagu pulak tu, jiwang.. dah sampai stesen bus uh, I try laa GRAB jugak.. sebab bus takde berhenti depan2 Tanjung Bidara~.. Perghh satgi ada satu pakcik ni yg bernama Pakcik Ariffin! haha, bila dia dah sampai, boleh pulak i ter cancel..! tapi beliau ni seorang pakcik yg gerek tau, baik.. and slumber je kata, bayor ikut rate grab. Weolls pun, baiklah pakcik.. haha kesian pakcik tak dapat royalty driver grab! haha~


TEMPAT SASARAN : TANJUNG BIDARA BEACH RESORT <<



Akhirnya weolls sampai! Alhamdulillah ! 
Time ni, syukur gilaaa dah sampai.. 
Banyak kejadian aneh yg berlaku kat bilik ni, tapi bukan ade apa pun ahh.. 
Ada anoconda yg menakutkan.. bukan HANTU kayh~!
So, ni adalah cebisan gambo kenangan kat sana.. dari posing gaya adegen2 diva sampai ke dress up seperti nelayan di tepi pantai.. kasi layan sikit laaaa hehe













I happy sangat, sebab dapat short vacayyy dengan bff i since i umur kecik2 10 tahun .. muahh!
I love you forever Nuwom grommmm! Muahhh! xoxo

Next short vacay : USS, SG eh? hihi




Ni paling akhir ehh, 

↓↓↓↓↓

DON'T MESS WITH MALACCA ! *suara garang & garau*


ASSALAMUALAIKUM 






Saturday, 10 December 2016

Aku

Sumpah aku bukan jenis yang suka paksa..
Tapi bila situasi tu memaksakan aku untuk paksa, aku terpaksa!

Sumpah aku bukan jenis yang suka mengira!
Tapi bila situasi paksa untuk aku membuat satu pencatuan aku terpaksa akur..

Sedih tatkala mereka menuding jari padaku sambil kata,
"Menyesal minta tolong kau!"..
Terlalu hampa plus kecewa.. aku terasa hambar, rasa kelam dunia..




Aku faham, semua manusia sama je..
Takde sape yang sempurna..
Takde sape yang bole jdi terlalu sabar bila keadaan tu tertekan, terpaksa..

Kau faham "roda kehidupan??"
Mesti kau tahu pepatah ke slogan ke, yang "kekadang kita berada di atas, kadang kita berada di bawah.."

Tapi tolonglah percaya,
Aku ikhlas dengan apa yang aku berikan..
Aku ikhlas dengan apa yang aku katakan..

Aku bukan tamak atau prejudis..

Kau kena faham, aku pun manusia biasa..
Masih muda, emosi pun terkadang bercelaru..
Terkadang pun buntu..
Terkadang pun masih tak mampu untuk fikir cara penyelesaian yg bernas..

Tapi kalau kata, kesilapan aku tu tak bole nak dimaafkan 7 keturunan,
Takpe,
Tak menjadi masalah besar..

Biasalah tu, kehidupan ni.. apa yang kita buat dari segi positif ke negatif, pasti dapat balasan..

Orang kata,
Resepi kehidupan..

Rempuh, tempoh..

Kehidupan tak semua pahit..





Tuesday, 6 December 2016

Kira

Aku tak tahu lah..
Kenapaa orang yang sekeliling aku ni mengira je selalu..

Aku bukan nak kata aku baik ke apa.. 
Tapi..
Tak patutlaah  kekadang..

Sedih beb..
Mengalah je..

PENAT..

Tak pelahh.. teruskan je laa kehidupan.. 

Kena kuat..
Hidup kat perantauan ni...


Noktah.

Noktah

Aku pun kekadang mungkir janji..
Tapi, kan dah sedia maklum..
Aku kat sini pun terkapai-kapai..
Masih tercari-cari..
Masih lagi tak begitu mengerti..




Aku percaya..
Aku cuba dan buat untuk pegang kata-kata..

Tapi, kau buat kata-kata uh macam habuk..
Kalau kau suka, kau kumpul..
Kalau kau tak suka, kau tiup..

Kekadang, 
Aku tak faham.. sebab tu aku tanya..
Sebab tu aku bertanya..

Aku bertanya bukan sebab aku nak sibuk..
Bukan sebab aku nak tekan..

Aku tanya sebab aku ingin tahu..
Dah kata 'tanya'.. mestilah nak tahu kan?
Apa ingat, aku ni suka buang masa? Buang masa, tenaga & fikiran untuk mengarang ayat pada kau untuk bertanya.. ?

Tah laaa, aku  pun tak faham dengan dunia sekeliling aku..
Ada kata, tak faham aku macam mana..
Ada kata aku ni complicated..
Ada kata aku ni unpredictable.. 
Ada kata aku ni tak seindah rupa..
Ah, macam-macam lagi manusia sekeliling aku hamburkan kata nista negative pada corong telinga aku..



Kekadang, sebak..
Bila fikir balik.. dah biasa..

Kuat? 
Kuat tak kuatlah, mesti kuat lah kan...

Siapa lagi nak positive kan aku kalau bukan diri aku sendiri..
Siapa lagi nak pujuk aku kalau bukan diri aku sendiri.. 
Siapa lagi nak lakarkan senyuman kalau bukan diri aku sendiri, kalau bukan aku syok sendiri.. haha

Tak semua, 
Tapi kebanyakannya..
Kalau aku pamer masalah, cerita masalah ke.. aibkan masalah ke..
Respond? Respondan.. 

Sebab tu bila aku fikir balik..
Diam lebih baik.. 
Tapi, tak juga sebenarnya..
Pada aku, diam dan luahkan pada yg Maha Esa.. tips yang semua orang sedia maklum..
Tak lupa, luahkan pada manusia yg kau rasa dia faham kau.. walaupun manusia tu takde dalam tempat kau.. terserlah kau lah, kan nak bagitahu sape.. 

Tah laa..
Susah kekadang ni..
Kekadang bosan tau..
Asyik cerita sedih sentap je dalam blogger ni..

Background dah meriah, 
Tapi isi hambar..
Sedih betul..


Noktah.