rainbow link

Monday, 5 November 2012

Hanya Puisi :D


Bila aku di dalam kekecewaan, 
kau selalu memberi kata semangat dan kata-kata perangsang kepadaku..
Dan bila aku bersedih,
Kau selalu memujukku..
Dan bila aku jatuh,
kau sedia untuk menyambutku..
Dan bila aku hilang seketika,
kau akan sedaya upaya usaha untuk mencariku..




Aku bersyukur sangat dapat mengenalimu..
Aku sangat bahagia..
Tak pernah sikit pun kau kecewakan aku..
Aku berasa lega..
Segala masalah selalu akan dikongsikan bersama..
Kita bagai sahabat, kawan, kekasih dan segala-galanya..
Aku sayang kau, dan kau cinta aku..
Setiap hari kita akan dibelenggu rindu..


Kita sangat jauh,
namun, hati kita sentiasa dekat..
Setiap hari aku takkan jemu untuk bertanya khabarmu melalui tinta,
begitu juga kamu..
Kita saling teruja..
Gembira, adakalanya sedih..
Biasalah, itu lumrah dunia,
kadang kita di atas, kadang pula kita di bawah..


Semakin hari..
Cinta kita semakin kuat..
Sayang kita semakin mendalam..

Banyak ujian dan rintangan kita lalui..
Kita telah ditakdirkan satu daerah..
Tapi, kita sangat jauh dek tuntutan masa depan..

Walaupun dekat, tetapi jarang bersama..
Sudah biasa..namun,jarang juga bertinta..
Masing-masing sibuk dengan tugasan..
Sibuk juga dengan teman-teman yang lain..


Masing-masing sibuk juga bertanyakan kesedihan mereka yang lain..
Memikirkan masalah yang lain..
Beramah mesra bersama yang lain..

Bertanyakan khabar, namun tak semesra dulu..
Tersenyum pahit, tak seindah senyuman yang dulu..




Kadang kala beremosi sesama sendiri..
Jarang bermaafan bak dulu-dulu..
Rindu, Sayang, Cinta tetap seperti dulu..
Cuma perlakuan membezakan akibat persekitaran yang tidak seperti dulu..


Semoga perhubungan ini akan kekal bahagia hingga ke akhir waktu.. :)














Bukan Merintih

Aku ,dah lama aku tak mengarang.. Ada ke siapa kisah?
Lama dah nak meluahkan isi hati kat blog ni.. tapi takpe lah, next time... other blog...
Banyak benda yang terjadi kat Kuala Lumpur ni.. banyak kali aku dah bersabar... balik ke JB, lagi banyak dugaan yang datang... tetap bersabar lagi..
Sampai KL balik, tetap bersabar lagi...

Aku tak tahu sampai bila aku nak bersabar.. haihh... nasib nasib
Kadang-kadang tu aku mengeluh jugak... fiikirkan, apa yang akan terjadi pada masa mendatang.. puas aku fikir..
fikir fikir fikir..




Mungkin pada pandangan orang lain..
Mereka akan mentertawakan aku.. pandang sebelah mata.. kata aku bodoh... aku tak kisah.. nak kata apa, kata lahh.. siapalah aku.. aku bukan sesiapa..

Hidup kat merantau ni. kita tak boleh nak bergantung hidup kat siapa-siapa.. masing-masing ada masalah sendiri.. masing-masing ada cerita sendiri.. masing-masing dengan kawan sendiri..
senang, semua sendiri-sendiri lah.. Kesimpulannya, kita semua kena buat sendiri.. alone, and with yourself..

Bila sorang-sorang, merenung jauh kat balkoni.. aku terfikir.. masih jauh lagi perjalanan aku.. tak sangka pulak aku ada kat dunia ni dah nak mencapai 19 tahun.. namun, aku masih keliru dengan tingkah laku di sekeliling duniawi ni..

maklumlah, aku belum cukup dewasa..
tapi, jangan risau, aku akan cuba mendalami dunia ni dengan berhati-hati..
Lantak lah orang nak cakap apa..

WatlekWatpeace.. Assalamua'laikum, maaf kalau ada salah, silap dan kasar bahasa..
sememangnya, aku kalau dah berkata-kata, ayat lucah semua keluar.. fuck kan? -_-