Welcome to Unpredictable Life . Happy reading! | Dashboard | Follow

Saturday 10 December 2016

Aku

Sumpah aku bukan jenis yang suka paksa..
Tapi bila situasi tu memaksakan aku untuk paksa, aku terpaksa!

Sumpah aku bukan jenis yang suka mengira!
Tapi bila situasi paksa untuk aku membuat satu pencatuan aku terpaksa akur..

Sedih tatkala mereka menuding jari padaku sambil kata,
"Menyesal minta tolong kau!"..
Terlalu hampa plus kecewa.. aku terasa hambar, rasa kelam dunia..




Aku faham, semua manusia sama je..
Takde sape yang sempurna..
Takde sape yang bole jdi terlalu sabar bila keadaan tu tertekan, terpaksa..

Kau faham "roda kehidupan??"
Mesti kau tahu pepatah ke slogan ke, yang "kekadang kita berada di atas, kadang kita berada di bawah.."

Tapi tolonglah percaya,
Aku ikhlas dengan apa yang aku berikan..
Aku ikhlas dengan apa yang aku katakan..

Aku bukan tamak atau prejudis..

Kau kena faham, aku pun manusia biasa..
Masih muda, emosi pun terkadang bercelaru..
Terkadang pun buntu..
Terkadang pun masih tak mampu untuk fikir cara penyelesaian yg bernas..

Tapi kalau kata, kesilapan aku tu tak bole nak dimaafkan 7 keturunan,
Takpe,
Tak menjadi masalah besar..

Biasalah tu, kehidupan ni.. apa yang kita buat dari segi positif ke negatif, pasti dapat balasan..

Orang kata,
Resepi kehidupan..

Rempuh, tempoh..

Kehidupan tak semua pahit..





Tuesday 6 December 2016

Kira

Aku tak tahu lah..
Kenapaa orang yang sekeliling aku ni mengira je selalu..

Aku bukan nak kata aku baik ke apa.. 
Tapi..
Tak patutlaah  kekadang..

Sedih beb..
Mengalah je..

PENAT..

Tak pelahh.. teruskan je laa kehidupan.. 

Kena kuat..
Hidup kat perantauan ni...


Noktah.

Noktah

Aku pun kekadang mungkir janji..
Tapi, kan dah sedia maklum..
Aku kat sini pun terkapai-kapai..
Masih tercari-cari..
Masih lagi tak begitu mengerti..




Aku percaya..
Aku cuba dan buat untuk pegang kata-kata..

Tapi, kau buat kata-kata uh macam habuk..
Kalau kau suka, kau kumpul..
Kalau kau tak suka, kau tiup..

Kekadang, 
Aku tak faham.. sebab tu aku tanya..
Sebab tu aku bertanya..

Aku bertanya bukan sebab aku nak sibuk..
Bukan sebab aku nak tekan..

Aku tanya sebab aku ingin tahu..
Dah kata 'tanya'.. mestilah nak tahu kan?
Apa ingat, aku ni suka buang masa? Buang masa, tenaga & fikiran untuk mengarang ayat pada kau untuk bertanya.. ?

Tah laaa, aku  pun tak faham dengan dunia sekeliling aku..
Ada kata, tak faham aku macam mana..
Ada kata aku ni complicated..
Ada kata aku ni unpredictable.. 
Ada kata aku ni tak seindah rupa..
Ah, macam-macam lagi manusia sekeliling aku hamburkan kata nista negative pada corong telinga aku..



Kekadang, sebak..
Bila fikir balik.. dah biasa..

Kuat? 
Kuat tak kuatlah, mesti kuat lah kan...

Siapa lagi nak positive kan aku kalau bukan diri aku sendiri..
Siapa lagi nak pujuk aku kalau bukan diri aku sendiri.. 
Siapa lagi nak lakarkan senyuman kalau bukan diri aku sendiri, kalau bukan aku syok sendiri.. haha

Tak semua, 
Tapi kebanyakannya..
Kalau aku pamer masalah, cerita masalah ke.. aibkan masalah ke..
Respond? Respondan.. 

Sebab tu bila aku fikir balik..
Diam lebih baik.. 
Tapi, tak juga sebenarnya..
Pada aku, diam dan luahkan pada yg Maha Esa.. tips yang semua orang sedia maklum..
Tak lupa, luahkan pada manusia yg kau rasa dia faham kau.. walaupun manusia tu takde dalam tempat kau.. terserlah kau lah, kan nak bagitahu sape.. 

Tah laa..
Susah kekadang ni..
Kekadang bosan tau..
Asyik cerita sedih sentap je dalam blogger ni..

Background dah meriah, 
Tapi isi hambar..
Sedih betul..


Noktah.



Monday 5 December 2016

ffff




Fuck aku nak update blog belakang aku orang tengok. Like, nak teman pasangan 
jawab SPA 8 teman jek ah kan~!

Friday 25 November 2016

entah




Saje pergi kat draft2 lama..

homaigad, sungguh tragis..

Aku termati kata..

Tak dapat fikir.. 

Selamat berakhir..

Wednesday 16 November 2016

Meluah jap

Dia kata,
aku selalu sangat sakitkan hati dia.. serabutkan diri dia.. suka tanya banyak2.. tanya berulang kali..
keep on pushing..

Tapi bagi diri aku, 
selagi aku tak dapat explanation yang tepat, aku mesti akan banyak tanya.. 
since dari dulu..

Aku ingatkan okay kalau kita banyak2 tanya ni..
Aku tak sangka pulak dengan persoalan, sesetangah orang boleh jadi gila..
Aku tak sangka pulak dengan persoalan, sesetengah orang boleh unstable..
Aku tak jangka pulak dengan persoalan, sesetangah orang boleh sampai pergi lenyap tinggalkan diri ini jauh-jauh..

Dan..
Aku tak sangka dengan persoalan, semuanya akan boleh berakhir..

Tapi,
paling tak boleh blaa, kalau takde persoalan, 
kata diri ni tak membantu,
kata diri ini tak berminat nak tahu,
kata diri ini tak ambil kisah,
kata diri ini pentingkan diri sendiri sahaja..
kata diri ini tak pernah nak kisah..
kata diri ini tak reti nak hargai..
kata diri ini tak ada adab pekerti..

Jadi,
apa yang patut aku serahkan?
Pasrah? Berserah?

Entahlah..
Terkadang aku terfikir sejenak..
Kekadang, aku tak tahu apa sekeliling aku nak..

Haha, kat office orang siap label aku lagi suka sendiri..
'Suka noh bersendiri..' 'dia kawan dengan bunian je, orang2 kat sini dia tak nampak..'
Aku mampu senyum je dan bisik kat dalam hati..
Itu lebih baik daripda aku berkomuniti, lepas uh aku dok bertanya orang kata aku keypo..

Kekadang, complicated hidup ni..
Tapi apa boleh buat..
dah tu jalannya kan?

Eh kekadang aku serabut jugak..
Ye, aku tahu.. better meluahkan kat tikar sejadah.. ye aku meluah..
Tapi, suka hati aku laaaa aku nak berblogging.. fakoff laa mentaliti orang yang cenggini.. 
aku dah muakk.. 



Well, see ya soon.. 



Monday 3 October 2016

Sebab apa?

Sebenarnya,
Bukan aku taknak stay kat negeri sendiri..
Bukan sebab aku ni lupa daratan..
Bukan jugak sebab nak lari daripada tanggungjawab ke jadah ke apa..

Tapi,
Since aku dah besar ni..
Aku suka menyendiri..
Aku lebih suka diam daripada bercakap.. tak kisah laa apa ke..
Nak taip kalau sesape whatsapp pun, aku malas nak reply.. 
Bukan sebab selfish, sebabnya, aku pun tak tahu.. 
Tapi, depends ahh.. 

Aku bukan nak berlagak ke haramjadah ke apa,.
Tapi.. 
Kan aku cakap aku tak tahu!
Lelagi contains yang aku terima dok tanya aku 'Bila nak balik? Bila nak balik?'

Ye, aku bukan taknak balik.. Tapi tah ah.. 
Aku lebih selesa duduk sensorang.. Aku sebenarnya malas nak berkomunikasi!
Kalau jenjarang tu takpe lahh.. 

Memang ah nampak macam psiko.. tapi terserlah laa..


Rindu?
Siapa kata tak rindu kan..
Aku siap tampal lagi bendera Johor kat bilik..
Gambar2 family..

Tapi, entahlah..
Like aku pun tak tahu..

Bukan sebab aku ni bangang sangat tak tahu menda..
Tapi bila dah bersangkut paut dengan bab perasaan ni.. lelagi family,.
Aku jadi blurr..

Actually, diorang pun risau.. sebab aku pun ada masalah kesihatan yg boleh ah kritikal kalau once dah attack..
Tapi so far, aku boleh survive sendiri.. so far laaa.. hahahaha
Tapi kalau aku tumbang pun, aku sendiri yg tanggung.. aku diam2.. kecuali aku takde hot topic, aku cerita gak ah, tapi lepas dah sembuh! hahahahaha 

Bila aku fikir,
Biarlah aku sorang2.. dah banyak sebenarnya aku susahkan family aku since aku dari baby diorng bela aku sampailah ke dewasa ni..Tak pernah failed.. cuma for personal tu, aku failed sebab diri sendiri laaa lalai.. hahahaha Lagi2 bila aku kena attack..! perghh, paling hardcore, mama aku lah.. macam orang gila minta tolong sana sini.. 



Biarlah, bagi ruang kat adik aku pula diorg fokus..
Biarlah sekarang aku memandai2 uruskan diri aku sendiri.. cuma, bab duit tu, tipu ah kalau aku tak minta papa aku bantu sikit2 walaupun dah kerja sekarang.. hahaha!~


So, the conclusion is,
Takde pape ah..
Bye ~


Friday 9 September 2016

Tak Tahu

Asyik termimpi-mimpi je..
Macam mana aku nak lupakan pun aku tak tahu..
Macam-macam aku dah ikhtiar kan.. 
Tapi kekadang ter..




Bukan kemahuan aku!
Aku tak salah!
Tapi, entahlah.. 

Fed up ahh gini!

Wednesday 7 September 2016

Terbalik

Actually, masa Isnin uh, gua gi seeking job sementara, dengan Mojojo.. haha, guna court shoe naik turun STAR, MONORAIL, PUTRA.. haha azab beb.. dengan stress gaji kena hold kononnya sampai 7hb, but hari ni boleh pulak kata kena postpone sampai 9hb.. habis semua plan nak pergi Sunway Lagoon dengan nuron terbatal, nak gi hangout dengan jujus terbatal.. semua nak dikatakan terbatal laa..

Ehh, boleh plak ada satu mamat kat wicet ni update masa hari selasa tu diorg pergi sunway lagoon kat tiket tu harga RM50.. omgg batinku menjerit-jerit je.. wkwkwkwkwkw jilake.


So berbalik masa hari isnin uh, gua adalah pergi suatu tempat interview ni ke suatu tempat utk dipanggil interview ni bla bla.. so masa dah petang ni, mojojo ajak pergi Menara KL nak sangat tengok rumah terbalik.. so yeah, firstly jalan dari Dang Wangi stesen uh, mendaki ke Menara KL, jauh okay ! 


So, dah sampai uh, we all, naik mini van pelancong sebab boleh mati okay kalau gi direct kat menara.. dah laa bukit, bukit lagi! haha








Antara pic yg sempat gua upload, haha


So, ticket price masa kiteorang pergi ni, RM15.. kira okay lah.. first2, macam biasa ah, kat entrance, diorang suruh amek gambo, keluar2, sat lagi, RM50 1 set.. mmg sumpah cantik gila gambo diorang edit, ada keychain, ada frame, ada magnet gambo kiteorang.. tapi, tu ah, bajet takde :(

So, dah habis tu, we all balik ah.. hahaha 
Just harap masa balik uh, iolls and sheolls di-shortlisted kan..
Adios :D


Sunday 4 September 2016

Last

Masa hari Merdeka tu adalah hari last gua kerja as tele-collector kat bank tu..
Banyak actually kenangan manis and pahit masa kerja situ..
Tapi, orang-orang kat sana semua sebenarnya friendly and positive.. memahami.. cuma, bab2 kerja, mereka sangat serious.. memang seram ah kalau bab kerja ni.. tapi kalau bab makan-makan ke apa ke.. event ke.. memang number 1 and supportive  lah.. haha diorg boleh ttiba jadi kapas.. 

Gua ada rapat dengan sorang ni.. dia ni, muda setahun dari gua.. but tah laa, dia mengingatkan gua dengan housemate lama gua.. setiap hari balik sama, kalau cerita, tak pernah rasa awkward, memang kalau kita start coversation, memang dah sampai  chan sow lin, memang tak perasan dah.. haha! Susah senang bersama gitu.. sedih kalau teringat dia.. nampak dia je, lapar, balik je lapar.. kadang sampai tak makan.. kadang terlebih lebih makan.. hihi hidup perantau kan? dia pun sado je mana-mana sorang.. tapi bila kita bergabung, rasa dah sebati gi memana sana sini bersama.. rasa macam sukar plak.. rasa kosong plak kalau takde dia.. huhu :')m

Masa last kerja tu, diorg ada buat makan2 untuk gua and sorang yg dah nak resign ni.. rasa sayu sangat..
Rasa sendu, sedih huhu..
Tapi tu lah, kehidupan kena teruskan.. 
Itu jalan yg gua pilih..


Harap gua tabah,
semoga, 
Aku berjaya di lain bidang.. amiin


Motif gua update? hmm, takde motif pun haha 

bye

Tuesday 9 August 2016

Ngeluh

Ye, aku dah tak kuat sebenarnya,,
Nak mengeluh pun, takde gunanya..
Entah apalah yg dipandang disisi masyarakat semua  kan?..
Mesti mereka kata aku ni lembik, tak kuat, jelly..
Tapi, aku tak!
Aku tak macam tu..
Aku mana tahu, itu semuanya terjadi secara tiba-tiba..


Kesihatan. Sakit kan kita tak boleh nak jangka..
Apa boleh aku buat, aku dah cuba hindari.. tapi, mana aku tahu dia nak datang secara tiba-tiba..

Nak kata aku dah tak kuat, hmm, hampir lah..
Tapi aku taknak mengalah buta tuli macam tu..
Aku masih lagi ada semangat untuk kedepan tu.

Citer dia, bukan aku kata aku tak bersyukur dengan life sekarang, aku serabut seyh..

Entahlah,
Aku pun tak tahu nak taip apa sebenarnya..
Pening dengan masalah..
Masalah yg aku tak tahu puncanya..
Semoga diri ini tabah :')




Assalamua'laikum.

Sunday 7 August 2016

Nuron

Hey there! Omg!

Yesterday was the best day ever! Tak sangka jumpa NURON kat Kolumpo! omg tak sangka naik STAR tren, MONORAIL & PUTRA tren sesama dengan Nuron for the very first time! 

Ye ahh, salu we olls naik bus or kereta Pak Maeyh je selalu pergi Pusat Bandar Pasir Gudang, Jusco, or City Square kan? hihi

Macam biasa, last minit plan haha~ (you! I dah baca hokayh blog you :P )<click:blog Nurom>

Actually we oll plan memang die-die nak pergi Midvalley..
Midvalley, suatu tempat yang sama je macam City Square, JB & JBCC.. shopping mall, branded things, no sales, and bla bla bla..

But, suddenly Nuron got an idea to go to Aquaria, KLCC! Actually, masa Booboonch datang KL dengan Nanny tu, nak ajak mereka ke sana sebab kak Diba pun on the way pergi sana (walaupun awal tahun 2015 dah pergi dengan #CrimePartner hehe), but he simply said that, 'he is not a gay to see the fishes..'
hahahaha sumpah time tu iolls terajang dia!

And alhamdulillah! Dapat juga pergi lagi semalam! hihi..
Tapi dah banyak berubah kat sana..
hmm, dah laa lepas Nuron kata nak pergi Aquaria tu masa kat KL Sentral, siap dah tanamkan azam nak pegang starfish :( Boleh plak weolls datang, Starfish tu sakit, demam panas.. huhu k-foineeeee :(

Before makan tu, weolls pekena dulu fuel shacks.. sebab Nuromm kata sebelum naik pergi, dia hanya mampu menjamah seusip roti saja dan beliau tak mampu menahan lagi kelaparan yang melanda :P



Pedulikan couple yg acah-acah sweet kat belakang tu :P Lepas makan, terusss zoooom pergi Aquaria! Yay!

Rasa tenang je tengok ikan-ikan kat sana..  Tapi tu lah, sebab weolls pergi hari Sabtu kan, kinda busy sikit ah kat dalam sana, dengan budak-budak tadika buat lawatan sambil belajar, dengan foreigner yg ramai, dengan family-family bawak anak-anak diorang yg ramai.. haha!

Tapi kan, kat Aquaria ni, antara paling banyak-banyak ikan, iolls suka tengok ikan Piranha, sebab ikan ni.. takde laa seseram mana dalam movie omputeh uh.. hahaha! Bak kata Nuron, Muka ikan piranha ni releks je takdelah buruk cam dalam filem tu. Kalau ikan ni tengok movie tu, mesti dia marah gilerr.. 
HAHA! :'D

Piranha in Filem
vs
Piranha sebenar
See, rileks je muka beliau! hahaha! Suka tengok, rasa macam..

nak goreng!!!! 
Ade bran? hehe..

Then, lepas je habis, weolls pergi Taman KLCC.. masa on the way tu, terserempak dengan anak Erra Fazirra tengah naik scooter sambil teman Engku Emran jogging.. I tak sempat pun tengok, dah lepas, baru Nuron jerit sambil buat muka cemas nya sambil cakap, 'Ronnnnn!!! You tahuu tak tu sapeeeeeee..', haishh, mana laa nak perasan huahuahuahuahua, I nampak belakang diorg je, huhu.. Tak sangka berselisih dengan jutawan ek?. wakakakkaka

And the precious moment was, snap snap at Taman KLCC! hihi <3







Dan selepas tu, weolls singgah kejap kat Kino usha buku, then straight away balik.. hmm, walaupun dah malam nak dekat pukul 9pm and tak risau kena marah sebab balik lambat kan sebab mama & mak kiteorang jauh nun kat JB sana, tapi risau jugak laa kang tak dapat taxi kat KTM stand kang.. huhuhu..

Sumpah sedih masa  cakap bye bye and hug each other tu, rasa macam sedih gila.. kalau kat JB pun sedih jugak, tapi at least, balik ada family tengah tunggu.. ni balik-balik, dah laa sedih, lagi sedih & menyedihkan tinggal sorang2.. huahua 


TAPI,

Kita kan kuat, kata perantau terhebatt, kan? hehe :D
Semoga hari- hari we olls yg mendatang ni, dimudahkan & diberkati Allah selalu.. Amin Ya Rabb


Love you, Nuron! Thanks sebab still sayang I walaupun I banyak kesilapan yg sepatutnya sukar dimaafkan dalam kehidupan,, huhu muahhh <3


Assalamualaikum <3



p/s: Zyrun! We love you & miss you too walaupun you selalu datang KL time weoll busy :P ! 




Tuesday 12 July 2016

Beb, weh!

Ramai..
Ramai je gua tengok, mereka yg lalu lalang dalam percaturan hidup gua, gemar berpura-pura.. 
Entah..
Nak percaya ke tak? Tak percaya, kata kita tak percaya, percaya lebih, pijak-pijak kepala kita..

Habis tu? nak buat apa? Positif sampai mampus? So LOL..

Korang pun pernah rasa kan?

Manusia pun ada tahap kesabaran, kan? Sampai satu tahap, kau akan hamuk, kau akan mempertikaikan.. Kau akan mengungkit, kau akan jadi negatif, kau akan keluarkan kata-kata kesat kau.. Bullshit laa kalau kau berpendirian positif, kau takkan semburkan kata-kata 'durjana' tu, kan?

Sebab ada orang tanya aku, selain sabar, apa 'aku' perlu buat?
Aku jawab balik,.
Kau kena sabar je laa beb.. Apa lagi kau bole buat? Takkan kau nak bunuh diri kau? Takkan kau nak telan pil sampai overdose?. Aku bagi jawapan general & simple..

Dan, aku jawab lagi,.
Islam pun kata, kalau engko sabar, ada benda yg lebih baik lagi yg akan kau tak tahu beb, yg akan muncul sinarnya secara tiba2..  Sebab sabar pun suatu usaha kan? Usaha kau yg dah tahan perasaan amarah kau tu yg kau dah on the way rasa dendam laa hapelah, kepada .. positive.. At least, kau dah tabah, kira jalan ahh kesabaran kau uh.. 

Kau sedih? 
Beb, adat laa siakkk kalau kau sedih.. Benda pedih, apsal plak kau nak happy kan? Kalau kau rasa kau kuat, kau nangis laa sambil ketawa, dalam bilik yg sunyi, sebab takut kau akan mereng beb kalau buat gitu.. Pada pendapat aku lah, walaupun kau rasa semak bila aku kata berzikir, bersujud, berdoa, dekatkan diri dengan Ilahi, tapi.. Itu je lah beb, jalan yg terbaik.. Aku pun masih cuba jadi hamba-Nya yg terbaik ni.. 

Kau rasa kosong?
Ehh ehh ehh.. Aku malas nak ulas bab ni.. Kosong, kosong,. Kalau kau malas nak buat semua yg aku cakap, kau gi tidur je laa, sebab, ulang2 benda yg sama, kan? 
Aku bukan fed-up, tapi, kau kan dah besar?

Lain org lain ragam..
Lain org lain cara..
Ada orang, bila kita nasihatkan, tak nak dengar sebab rasa kita tak cukup sempurna.. Rasa macam, down la hapelah.. tapi, masih lagi menagih simpati.. That was so LoL

Kau tahu, kita ni manusia.. 
Kau pun tahu kan, manusia ni.. Tak sempurna.. 
Setiap hari kau kena belajar erti kehidupan..
Kau jangan fikir yg diri kau dah cukup bagus dan aku tak kata dengan jawapan tu, kau stop dengan keyakinan kau tu..

Apa2 kau buat,niat tu nak kena helok.. Jangan over sangat..
Aku taip macam ni pun, sebab saje je  aku nak nasihatkan diri aku sendiri dengan kau, kau dan kau kau kau kau kau .  

Assalamualaikum. 


Sunday 10 July 2016

Ghaye

Raya kali ni, agak hambar la.. sebab sekejap je dapat berkumpul dengan family.. Sekejap je dapat tolong family..
5July malam sampai JB, 6July raya, 7July dah kena balik KL..

Mama kata, biasalah tu, sekarang kan Nur dah ada komitmen sendiri.. betul la tu.. Huhu

Tapi sayang, takde pun gambar Mama & Nanny dengan I sesama selfie.. Sedih huhu

Apa apa pun, tak sabar bulan August nanti.. Wait for me le familia  :')



Nak upload gambo raye, leceh betul pakai ip ni.. Ada je cekadaknya.. Menyesal plak

Sunday 19 June 2016

Hidupss



Since dah jauh dari family & kenalan rapat.. I tak rasa apa-apa pun.. sedih? yes, pada mulanya.. I pun dah tak banyak habiskan masa dengan diri sendiri.. semuanya kerja.. kerja dan kerja.. lol




I jatuh, I bangun.. I merangkak, I mengesot.. I happy sekejap.. I rasa dihargai..
tu semua I rasa sorang2.. I semakin diam.. malas nak bergaul.. suara I hanya untuk bekerja je dari pukul 8.45am sampai 9.00pm..


Walaupun I sensorang, mereka yang dari jauh tu, tak pernah putus-putus bagi semangat and positif.. dan rakan sekerja, mereka tak pernah putus2 kata, 'Tara, awak boleh buat.. awak kena positif.. buang negatif tu jauh2..' Setiap hari,, tanpa jemu mereka kata.. but, sometimes kalau kita feel down, macam2 kita rasa kan?

Tapi, hidup sendiri ni, sebenarmya best.. ajar kita macam mana nak jadi cekal, tabah.. manage masa bangun tidur tu.. manage diri sendiri.. sebab semuanya sendiri kan?

Kalau dulu, masa belajar, walaupun kat perantauan dan di negeri yang sama, I akur,  I manja.. manja sangat dengan housemate and roomate.. bangun pagi mesti nak ada orang kejut.. LOL.. and we're most likely like sisters.. (miss that momento!)

Dan..
Bila sekarang ni..
Dah jarang I update status jiwang and pasrah kan? wakakakaka sebab apa? sebab takde ilham dah.. words semua mostly terabur..
Sumber inspiration pun dah pergi.. dah takde.. dah jauh sangat.. dah hilang..

Anyways, I harap I tabah..
I takkan buang memori2 yang I tulis kat dalam ni.. I kan pernah janji nak kasi anak  I baca hasil karya & perjalanan hidup I kat anak2 I.. LOL

And..
Thanks sebab hargai hasil karya I.. simpan elok2.. jangan poyo & jiwang sangat..

Salam Ramadhan..