Welcome to Unpredictable Life . Happy reading! | Dashboard | Follow

Sunday 8 January 2012

Aku Perlu Bersyukur




Seandainya aku tahu..
Apa yang berada di dalam akal fikiranmu..
Seandainya aku tahu,.
Tuah akan menghampiriku..
Dan, seandainya aku tahu,.
Bagaimana perjalanan hidupku..

Jika begitu..
Aku rasa sungguh bertuah hidup di bumi Tuhan ini..
Alam yang tercipta indah.. untuk semua setiap umatnya..

Walaupun aku telah diciptakan sebegini rupa..
Aku bersyukur..
Walaupun, aku dicipta gemuk,.tapi, tidak bermakna aku lemah..
Tidak bermakna aku kerdil..
Tidak bermakna aku tak boleh nak up-to-date..

Walaupun aku gagal untuk mendapatkan Straight A's dalam PMR.,
ini tidak bermakna aku akan kecundang semasa SPM..
Aku acap kali memohon kepada-Nya agar aku memperoleh keputusan yang cemerlang kelak..
Walaupun tidak secemerlang UPSR dulu..
Aku bersyukur Ya Allah..

Walaupun pelbagai dugaan yang melanda diriku sepanjang perjuangan aku di Tingkatan Lima..
Aku anggap segala penyakit yang singgah pada tubuhku ini, merupakan ujian dan penghapus dosa-dosa silamku..

Thanks Ya Allah di atas segalanya.
kerana telah memberikan degupan nyawa untuk aku terus hidup..
Walaupun tidak secemerlang yang lain..
Tetapi,.
Walaupun hanya sekecil zahrah baktiku..
Itu usaha ku yang mampu ku laksanakan..


Aku bersyukur padamu Ya Allah :')

2 comments:

fahmie azmi said...

yes . Alhamdulillah . bersyukur dengan apa yang ada kan ? by the way , NICE :)

Miiss Tara said...

yup,.. kite bersyukur sangat although kadang2 agak pasrah.. hewhew.. thanks fahmie ;)