rainbow link

Tuesday, 12 July 2016

Beb, weh!

Ramai..
Ramai je gua tengok, mereka yg lalu lalang dalam percaturan hidup gua, gemar berpura-pura.. 
Entah..
Nak percaya ke tak? Tak percaya, kata kita tak percaya, percaya lebih, pijak-pijak kepala kita..

Habis tu? nak buat apa? Positif sampai mampus? So LOL..

Korang pun pernah rasa kan?

Manusia pun ada tahap kesabaran, kan? Sampai satu tahap, kau akan hamuk, kau akan mempertikaikan.. Kau akan mengungkit, kau akan jadi negatif, kau akan keluarkan kata-kata kesat kau.. Bullshit laa kalau kau berpendirian positif, kau takkan semburkan kata-kata 'durjana' tu, kan?

Sebab ada orang tanya aku, selain sabar, apa 'aku' perlu buat?
Aku jawab balik,.
Kau kena sabar je laa beb.. Apa lagi kau bole buat? Takkan kau nak bunuh diri kau? Takkan kau nak telan pil sampai overdose?. Aku bagi jawapan general & simple..

Dan, aku jawab lagi,.
Islam pun kata, kalau engko sabar, ada benda yg lebih baik lagi yg akan kau tak tahu beb, yg akan muncul sinarnya secara tiba2..  Sebab sabar pun suatu usaha kan? Usaha kau yg dah tahan perasaan amarah kau tu yg kau dah on the way rasa dendam laa hapelah, kepada .. positive.. At least, kau dah tabah, kira jalan ahh kesabaran kau uh.. 

Kau sedih? 
Beb, adat laa siakkk kalau kau sedih.. Benda pedih, apsal plak kau nak happy kan? Kalau kau rasa kau kuat, kau nangis laa sambil ketawa, dalam bilik yg sunyi, sebab takut kau akan mereng beb kalau buat gitu.. Pada pendapat aku lah, walaupun kau rasa semak bila aku kata berzikir, bersujud, berdoa, dekatkan diri dengan Ilahi, tapi.. Itu je lah beb, jalan yg terbaik.. Aku pun masih cuba jadi hamba-Nya yg terbaik ni.. 

Kau rasa kosong?
Ehh ehh ehh.. Aku malas nak ulas bab ni.. Kosong, kosong,. Kalau kau malas nak buat semua yg aku cakap, kau gi tidur je laa, sebab, ulang2 benda yg sama, kan? 
Aku bukan fed-up, tapi, kau kan dah besar?

Lain org lain ragam..
Lain org lain cara..
Ada orang, bila kita nasihatkan, tak nak dengar sebab rasa kita tak cukup sempurna.. Rasa macam, down la hapelah.. tapi, masih lagi menagih simpati.. That was so LoL

Kau tahu, kita ni manusia.. 
Kau pun tahu kan, manusia ni.. Tak sempurna.. 
Setiap hari kau kena belajar erti kehidupan..
Kau jangan fikir yg diri kau dah cukup bagus dan aku tak kata dengan jawapan tu, kau stop dengan keyakinan kau tu..

Apa2 kau buat,niat tu nak kena helok.. Jangan over sangat..
Aku taip macam ni pun, sebab saje je  aku nak nasihatkan diri aku sendiri dengan kau, kau dan kau kau kau kau kau .  

Assalamualaikum. 


4 comments:

nini said...

Sabar sabar sabar....kannnn

Nur Thaharah said...

tahu takpe, huhu thanks comment :D

Nurul Aini said...

up laa entry baru.. from ur fan!!

Miiss Tara said...

:P