rainbow link

Tuesday, 6 December 2016

Noktah

Aku pun kekadang mungkir janji..
Tapi, kan dah sedia maklum..
Aku kat sini pun terkapai-kapai..
Masih tercari-cari..
Masih lagi tak begitu mengerti..




Aku percaya..
Aku cuba dan buat untuk pegang kata-kata..

Tapi, kau buat kata-kata uh macam habuk..
Kalau kau suka, kau kumpul..
Kalau kau tak suka, kau tiup..

Kekadang, 
Aku tak faham.. sebab tu aku tanya..
Sebab tu aku bertanya..

Aku bertanya bukan sebab aku nak sibuk..
Bukan sebab aku nak tekan..

Aku tanya sebab aku ingin tahu..
Dah kata 'tanya'.. mestilah nak tahu kan?
Apa ingat, aku ni suka buang masa? Buang masa, tenaga & fikiran untuk mengarang ayat pada kau untuk bertanya.. ?

Tah laaa, aku  pun tak faham dengan dunia sekeliling aku..
Ada kata, tak faham aku macam mana..
Ada kata aku ni complicated..
Ada kata aku ni unpredictable.. 
Ada kata aku ni tak seindah rupa..
Ah, macam-macam lagi manusia sekeliling aku hamburkan kata nista negative pada corong telinga aku..



Kekadang, sebak..
Bila fikir balik.. dah biasa..

Kuat? 
Kuat tak kuatlah, mesti kuat lah kan...

Siapa lagi nak positive kan aku kalau bukan diri aku sendiri..
Siapa lagi nak pujuk aku kalau bukan diri aku sendiri.. 
Siapa lagi nak lakarkan senyuman kalau bukan diri aku sendiri, kalau bukan aku syok sendiri.. haha

Tak semua, 
Tapi kebanyakannya..
Kalau aku pamer masalah, cerita masalah ke.. aibkan masalah ke..
Respond? Respondan.. 

Sebab tu bila aku fikir balik..
Diam lebih baik.. 
Tapi, tak juga sebenarnya..
Pada aku, diam dan luahkan pada yg Maha Esa.. tips yang semua orang sedia maklum..
Tak lupa, luahkan pada manusia yg kau rasa dia faham kau.. walaupun manusia tu takde dalam tempat kau.. terserlah kau lah, kan nak bagitahu sape.. 

Tah laa..
Susah kekadang ni..
Kekadang bosan tau..
Asyik cerita sedih sentap je dalam blogger ni..

Background dah meriah, 
Tapi isi hambar..
Sedih betul..


Noktah.