Welcome to Unpredictable Life . Happy reading! | Dashboard | Follow

Saturday, 29 December 2012

Ketegangan Kerinduan







Bila aku menulis, selalu aku bayangkan sesuatu tu jadi kat diri aku..
Sebenarnyam aku dah tak kuat.. Aku bukan badang.. Aku bukan body builder yang kuat.. aku hanya insan biasa-biasa je.. punya hati perasaan yang luluh seperti jelly.. you know jelly?


Ramai yang minta pandangan aku mengenai apa itu erti cinta.. Aku jawab dengan coolnya..
Aku tenangkan mereka.. buka minda mereka dengan kata-kata semangat.. kata-kata perangsang.. sedangkan situasi aku sungguh tegang time tu..
Aku tak dapat nak praktikkan dengan apa pandangan aku yang aku telah memberikan pada mereka tu untuk diri sendiri.. bukan sukar.. tapi, situasinya.. entah.. Bak kata orang-orang di laman sesawang, kita memang boleh memujuk orang, menasihati orang, tapi sukar untuk kita berbuat demikian untuk diri kita.. right?


And, guess what? Aku rindukkan JOHOR.. aku rindukan mereka.. family, kawan-kawan seperjuanganku yang dulu, dan cinta hati ku..
Rindu sangat.. walau dimana kalian berada, aku akan selalu mendoakan kalian dalam keadaan sihat sejahtera, ya?


Maaf, aku sudah pun termati dengan kata-kata picisan.. aku tak mampu menahan sebak..
Thanks sebab sudi singgah dan baca..



ASSALAMUA'LAIKUM :)






Wednesday, 19 December 2012

KoSonG


Assalamua'laikum..




Kadang tu, kehidupan tu tak adil kan? Yang tak salah, selalu je nampak salah.. kenapa?
Kadang tu, orang yang sabar, banyak di uji dengan ujian.. tak putus- putus dengan ujian.. it's okay.. I terima je dengan hati terbuka.. kadang tu I tak kuat.. I menangis.. dalam diam..
Tak siapa yang akan pujuk.. tak siapa yang akan dengar..


Kalau I minta pendapat, I cukup pantang, orang cakap, " up to you.., terpulang.. ikut suka hati.." mmg cukup pantang..dari dulu.. Edd cukup tahu tu.. haha coz, I nak pendapat, bukan jawapan yang ada pada diri I.. karma sungguh..


Sometimes tu, sedih jugak.. kenapa selalu diperlakukan sebegitu.. kadang tu I merungut..
kenapa kehidupan I sering je macam ni sekarang.. I nak kehidupann normal I yang dulu.. happy sangat, tu.. takde lah.. but, kalau sedih, I selalu je share cerita I dengan orang yang tersayang.. but.. semua busy.. so, I terkandas kat sini.. I felt like I'm lonely, miserable..


I thought everything would be fine.. but, entahlah..
One of my bffsm selalu kata kat I, " kau jangan jadi baik sangat boleh tak? macam mana lah orang tak pijak kepala kau? blablablabla".. tadi pun dia marah2.. haha
alaa, I cakap, chill lah.. I don't know why, sifat tak sampai hati i, selalu je mengawal jiwa I.. kadang tu, I teringin jugak jadi kejam.. reti macam mana nak marah-marah orang semua tu.. but, I can't..


But, ya, I got HIM, my dearest Allah, yang tak putus-putus dengar rintihan I.. yang bagi I petunjuk untuk I sabar.. ajar I macam mana cara meredhai semua perkara.. Cuma, kadang tu, I admit,.
dengan kesibukan sesuatu perkara, banyak tiang I dah tinggal.. I jarang buat solat sunat..
I sedar semua tu.. I wiill try my best to do the best..


Just one hope, I nak everything's gonna be okay..
Berharap sangat.. I nak minta maaf kat semua orang andai I ada buat salah silap ke, apa ke.. I minta maaf.. I manusia.. I sedar.. i'M not perfect.. :')







Saturday, 8 December 2012

Diari Seorang Gadis





 Assalamua'laikum semua :)


Dah lama kan kiter tak menaip.. seriously, bosan tak tahu nak buat apa kiter ni..HAHA 
Jom baca karangan pendek kiter.. biasanya hal yang macam ni, terjadi kat remaja-remaja yang sedang hangat bercinta pada usia macam kiter.. haihhh macam-macam tau :P
AMARAN KERAS berwarna merah
tak semestinya tu citer kiter.. kiter sekadar citer je, tidak ada kena mengena dengan yang hidup ataupun yang sudah mampus meninggal dunia..
orang dok nengok jeee..
wkwkwkw




Cerpen : Diari Seorang Gadis 

"Dulu kamu kata, kamu sayang aku sangat-sangat.. kalau boleh, kamu takkan lepaskan..
TAPI sekarang kamu kata..
Kamu nak sayang aku secara sederhana.. sebab kalau terlalu sayang dan cinta, lama-lama cinta dan kasih sayang tu akan terlepas..
Tapi rupa-rupanya, kamu buat begitu sebab kamu nak bahagikan kasih sayang yang kamu bina pada ku, kepada orang lain, kan? kamu serba salah ke?


Betul ke, yang kamu tu ada hati kat seseorang tu? Tapi, kamu merasakan, taraf kamu dengan dia bagai langit dengan bumi? dan kamu rasa, kamu tak sekacak mana, untuk dia yang cantik? kamu buat semua nya untuk bukakan matanya berpaling padamu,bukan? kamu selalu cares pada dia berbanding pada cinta hati kamu yang dulu, bukan?dan kamu juga tak terniat untuk menjadi sebagai perampas cinta hati kawan mu, bukan? 


Kamu sperti mempergunakan aku kala kamu mempunyai masalah.. aku bukan tak sedar, tapi, aku ikhlas.. dan selepas semuanya selesai, kamu pun pergi meninggalkanku bersama yang lain..
Aku juga kuat kala kamu membuatku tiada wujud jika kamu bersama teman-teman rapatmu.. aku tidak mampu untuk merajuk atau memarahimu jika kamu sikap demikian.. air mataku membeku..
kalau kamu benar-benar sayangkan ku, kamu sendiri boleh fikirkan? 


Dan sekarang, segala rungutanku, kamu mengambil sikap endah tidak endah sahaja.. Jika yang lain, kamu sedia memberikan kata nasihat dan jalan penyelesaian.. beruntungnya mereka!..
aku pun, kadang-kadang menjadi segan sendiri untuk meluahkan kepadamu.. aku malu sangat.. Kamu pun seperti acuh tak acuh melayan ku.. aku pun menjadi serba salah untuk meluahkan.. dengan itu, aku mengambil keputusan untuk diam.. kamu tanya, aku jawab.. aku tahu, kamu terpaksa bertanya kan, kerana status aku dengan kamu adalah bercinta dan sepasang kekasih.. 


Aku di sini, hanya mampu melihat sikap lagak egomu.. aku sendiri lemah dengan kata janji manismu..
Dahulu, aku tahu, kamu sentiasa ikhlas dalam percakapanmu.. tutur manismu semuanya dulu lahir dari dalam hati.. kerana apa? kerana aku tak pernah meragui ketulusan hatimu.. kamu terima aku seadanya.. aku sedar, aku tidak semegah insan yang lain.. aku banyak cacat celanya.. aku sedar, aku amat beruntung dulu sebab memilikimu.. 


Dulu, air mataku sentiasa surut kerna kamu selalu ada disaat-saat airmataku kian merundum jatuh..
Kamu selalu menjadi penguat semangat hidupku bila aku lemah.. kamu juga selalu mengisi ruang-ruang sunyiku..

kamu juga memberi aku semngat untuk fokus untuk meneruskan cita-cita dan jangan berputus asa dalam kehidupan, dulu.. 


Aku, aku bukan tak percayakanmu.. aku percaya pada cinta kita,.
Tapi, dek kerana perbuatanmu itu, aku terdiam seribu bahasa untuk aku terus berfikir.. 
Aku rindu saat-saat dulu.. rindu juga pada puisi-puisi mu dan nyanyian-nyanyian lagumu terdahulu..


Walau apa-apa pun yang terjadi, aku selalu berdoa agar hubungan yang kita jalinkan ni kekal hingga ke akhir hayat.. macam janji-janji lama kita dulu.. yaa, kamu juga yang bina janji-janji tu dulu, kan?
Walaupun lama, aku tak pernah bosan denganmu.. akan ku selongkar sikapmu hari demi hari untuk aku kenal kamu.. ya, untuk aku benar-benar kenal kamu.. aku harap kamu pun begitu juga.. 
Aku tak perlukan perubahanmu kalau kamu tak ikhlas untuk berubah..
Pernahkah aku paksa? kalau pernah pun, untuk kebaikan dirimu jua..
itu sahaja yang aku mampu pinta..
Aku tak pernah pinta begini.. SUMPAH



Ikhlas ,
Gadis X  "




Saturday, 1 December 2012

KehiduPan

Assalamua'laikum semua..

Like seriously dah lama tak update kan.. sampai ada yang tanya, kenapa dah lama tak update blog, tak hias blog and bla-2? then, I will answerm sorry ahh tak sempat..
huahuahua.. mana tak nya, dulu before study, before lappy terbakar, hambekk kau.. setiap hari blog ni akan berganti baju.. wkwkkwkww


Sejak dah sambung study kat KL ni, macam-2 dugaan berlaku.. sabar je, tu je yang I mampu.. nak buat macam mana kan? Tu je yang mampu..  pasrah kan ayat? memang pun..


I think, malas nak menaip panjang panjang lebar.. lagipun, siapa je nak baca blog I yang serba simple ni? wkwkw
To all plus size, there are so much way to be gorgeous.. most important thing is, be brave on whatever you wears.. ahakz ^^,



























see you & wassalam :)







Monday, 5 November 2012

Hanya Puisi :D


Bila aku di dalam kekecewaan, 
kau selalu memberi kata semangat dan kata-kata perangsang kepadaku..
Dan bila aku bersedih,
Kau selalu memujukku..
Dan bila aku jatuh,
kau sedia untuk menyambutku..
Dan bila aku hilang seketika,
kau akan sedaya upaya usaha untuk mencariku..




Aku bersyukur sangat dapat mengenalimu..
Aku sangat bahagia..
Tak pernah sikit pun kau kecewakan aku..
Aku berasa lega..
Segala masalah selalu akan dikongsikan bersama..
Kita bagai sahabat, kawan, kekasih dan segala-galanya..
Aku sayang kau, dan kau cinta aku..
Setiap hari kita akan dibelenggu rindu..


Kita sangat jauh,
namun, hati kita sentiasa dekat..
Setiap hari aku takkan jemu untuk bertanya khabarmu melalui tinta,
begitu juga kamu..
Kita saling teruja..
Gembira, adakalanya sedih..
Biasalah, itu lumrah dunia,
kadang kita di atas, kadang pula kita di bawah..


Semakin hari..
Cinta kita semakin kuat..
Sayang kita semakin mendalam..

Banyak ujian dan rintangan kita lalui..
Kita telah ditakdirkan satu daerah..
Tapi, kita sangat jauh dek tuntutan masa depan..

Walaupun dekat, tetapi jarang bersama..
Sudah biasa..namun,jarang juga bertinta..
Masing-masing sibuk dengan tugasan..
Sibuk juga dengan teman-teman yang lain..


Masing-masing sibuk juga bertanyakan kesedihan mereka yang lain..
Memikirkan masalah yang lain..
Beramah mesra bersama yang lain..

Bertanyakan khabar, namun tak semesra dulu..
Tersenyum pahit, tak seindah senyuman yang dulu..




Kadang kala beremosi sesama sendiri..
Jarang bermaafan bak dulu-dulu..
Rindu, Sayang, Cinta tetap seperti dulu..
Cuma perlakuan membezakan akibat persekitaran yang tidak seperti dulu..


Semoga perhubungan ini akan kekal bahagia hingga ke akhir waktu.. :)














Bukan Merintih

Aku ,dah lama aku tak mengarang.. Ada ke siapa kisah?
Lama dah nak meluahkan isi hati kat blog ni.. tapi takpe lah, next time... other blog...
Banyak benda yang terjadi kat Kuala Lumpur ni.. banyak kali aku dah bersabar... balik ke JB, lagi banyak dugaan yang datang... tetap bersabar lagi..
Sampai KL balik, tetap bersabar lagi...

Aku tak tahu sampai bila aku nak bersabar.. haihh... nasib nasib
Kadang-kadang tu aku mengeluh jugak... fiikirkan, apa yang akan terjadi pada masa mendatang.. puas aku fikir..
fikir fikir fikir..




Mungkin pada pandangan orang lain..
Mereka akan mentertawakan aku.. pandang sebelah mata.. kata aku bodoh... aku tak kisah.. nak kata apa, kata lahh.. siapalah aku.. aku bukan sesiapa..

Hidup kat merantau ni. kita tak boleh nak bergantung hidup kat siapa-siapa.. masing-masing ada masalah sendiri.. masing-masing ada cerita sendiri.. masing-masing dengan kawan sendiri..
senang, semua sendiri-sendiri lah.. Kesimpulannya, kita semua kena buat sendiri.. alone, and with yourself..

Bila sorang-sorang, merenung jauh kat balkoni.. aku terfikir.. masih jauh lagi perjalanan aku.. tak sangka pulak aku ada kat dunia ni dah nak mencapai 19 tahun.. namun, aku masih keliru dengan tingkah laku di sekeliling duniawi ni..

maklumlah, aku belum cukup dewasa..
tapi, jangan risau, aku akan cuba mendalami dunia ni dengan berhati-hati..
Lantak lah orang nak cakap apa..

WatlekWatpeace.. Assalamua'laikum, maaf kalau ada salah, silap dan kasar bahasa..
sememangnya, aku kalau dah berkata-kata, ayat lucah semua keluar.. fuck kan? -_-



Saturday, 6 October 2012

Pendapat





Pada pendapat I,
Manusia sering berubah-ubah mengikut mood, persekitaran, pergaulan, dan bermacam-macam lagi aspek lah..
Kadang-kadang tu, sukar untuk kita mengerti..
Kadang-kadang menjadi tanda tanya pada diri kita untuk menilai seseorang tu..


Kadang kala tu, perasaan serba salah tu sering muncul di kotak fikiran kita..
Mengapa???


Mungkin sebab perubahan drastik seseorang tu, membuatkan kita tidak selesa dengannya sebab berlainan daripada dulu..kott


Walaubagaimanapun.. I will pray the best :) May Allah bless me and you.. ameen



Sunday, 16 September 2012

Jamuan Aidilfitri Condominium Sentul Utama


Assalamua'laikum semua.. 15 sept malam tadi hostel we all ada jamuan raya..
we all dok at hostel kat condo, so, we all boleh dikatakan penduduk kat sini laa kan.. hehehe


Malas nak citer panjang, this is our pictue :D

Me, Eyka, Diyah & Kak Diba :D

ni kak ad kita.. jarang sangat pakai baju kurung, but hari ni dia
pkai sweet sangat :D


besalam salaman di hari raya.. raya ke? :D
ika dengan kakak :D

mummy ika kiterrr 




mummy and kakak :)

sedihhh sangattt hariii ni.. thanks for lend me your shoulder mummy :)

suasana di sana :)
pelan-pelan kakkk.. hehe

diyah fokus jee kan.. ika control cunnnn
suasanaa

:)

gambar diyah tak banyak coz dia busy sangat -_- hahaha
jom tengok video plak!!!! enjoy watching..






bye ! ^_^



Saturday, 8 September 2012

Cuti Sem 1

Assalamua'laikum and salam sejahtera :)


Handsome, but this is not the main topic, this is my ex-fiance,
William Moseley.. hehehhe


Dari ahad sampai ke hari ni, I kat Johor... tempat tanah tumpah darah I lahir.. erm, kira kampung I laa..
Semenjak I dah merantau kat Kuala Lumpur ni, kini, Johor Bahru & Pasir Gudang di panggil as my 'kampung'.. pun boleh, although suasana tu tak macam kampung je.. semak, dengan busy road and etc.. sigh.


Dikesempatan ini, I just duduk je rumah.. makan tidur makan tidur.. kalau boring kemas rumah,.
Then, gi rumah zai and nina :) rindu gile kat merekaaaa! huahua
Lagi-lagi zai.. sebab dia makin comel.. hehehe tapi, tapi.. no no no.. bukan sebab tu je..
sebab dah lama tak share cerita dengan dia depan mata, (although setiap hari dok mesej-mesej dia macam couple kat dalam bilik atas katil yang tak berapa nak empuk tu) wkwkwkkw

Selain tu, gi beraya kat kawasan rumah.. alhamdulillah lahh, coz, I'm still dapat angpau raya lagi.. wkkwkw
padahal umur dah tua.., badan pun macam mak-mak.. tapi still vougue and maintain cunn wahahhaha
bukan kata nak angkat bakul, but, siapa lagi kan nak puji.. :3
okay, just kidding! asthagfirullahhala'zimmm :D


Well, this is some piece of me laa kannnn.. :D






Semoga cepat bertunang :)
hahahhaa


adiosss <3


















Wednesday, 29 August 2012

Last Semester

Assalamua'laikum..



Tetiba terasa rajin pulak nak update lagi.. hahaha
Semester Dua I akan habis hari Khamis ni.. pukul 10 pagi, last paper, pukul 8am yang I will be seat in my Final Examination.. How sweet.. wkwkwkw
I habis awal coz now I'm in Short Semester :)

By the way, timetable untuk sem 2 i pun dah keluar.. penat tau nak cari Mr. Raj susun timetable ni.. al maklumlah, I ni jenis yang tak update perkembangan semasa.. sibuk sangat dengan diri sendiri..walaweyhhh



padat kan? hurmm wish me luck.. yang penting hari isnin takde class :D mwahahahhahaha (bak kata kak ad :) )

So, nak balik JB awal ke tak? nak balik ke tak? Mula kelas 10 september ni..
I tengok, semua pelajar semngat nak balik.. ada yang lepas exam terus nak balik.. semangat tak?kannnn
Macam malas pulak nak balik Johor.. macam takde fuction je.. dah pasrah dahh.. 

Tapi, nak difikirkan balik, aku kena balik jugak.. tengoklah macam mana nanti.. wish me luck :D

Adios & Salam :)





Getting Older

Assalamua'alikum :)



I realize that I'm getting older day by day.. I tried to improved myself with many kind of things that happened to me.. Sometimes, I feel weak to go thoroughly in life.. BUT, thank God, some people around me keep pushing my strength up .. 


By the way, I'm sitting for my final examination now.. 
Wish me luck ! >.<
And I can't wait to enter my Second Semester! I can't wait to study the Sciences subject..
I hope, one very fine day, I will succeed and achieve with my goals and my dreams.. amiin :)

Lastly, kadang-kadang tu, I berkecil hati dengan setiap perkara yang dulunya menjadi lumrah, BUT now,. makin kelamaan, semakin lain.. I cuba untuk faham.. sebab, kalau I tak cuba untuk faham, orang akan kata,. asyik orang je kena faham, aku.. tapi aku?? haaa.. kan.. macam tu lahh..
I cuba untuk menahan perit tu, tapi, susah kot.. ingat senang ke,, tapi takpelahh :) semua sudah semakin dewasa kan? ada akal fikir.. tak kisah lahh siapa pun.. so what?


bye!


Friday, 24 August 2012

Selamat Hari Raya



Assalamua'laikum semua :)

Masih belum terlambat kan? saya nak ucapkan selamat hari raya kepada semua yang membaca ni.. 
Jika saya ada salah silap harap di ampunkan..
Doakan kejayaan saya dalam peperiksaan final exam saya di short semester ni dengan cemerlang.. 
Terima Kasih :)

Di sini, saya adalah sikit cebisan gambar-gambar hari raya saya, dari 19 Ogos hinggalah 23 Ogos .. Tahun ni, semua pakai maroon.. and saya hanyalah menggunakan bawal sebagai hisasan.. saya sangat simple but acceptable... kot.. kehkeh
24 Ogos hari ni, saya sudah pun selamat tiba di Kuala Lumpur untuk update blog yang dah lama berhabuk ni kat Pusat Siber.. hehehe BTW, aunty kat kaunter tu kan, garang tau.. takutt I.. kahkahkah
 
 
with my sis nani, papa and my lil bro <3

hihihi :)
  
syafi, farhan, safi and aunty Intan :)



The sweet naughty boys :D








ika and sufiii :)






Last Hangout before Final Exam in JB :)
 

nuron and syafiq :)


BTW, missed my dear so much.. :'( hihihihi
Salam Aidilfitri :) maaf zahir dan batin semuaaaaaa.

ASSALAMUA'LAIKUM