Welcome to Unpredictable Life . Happy reading! | Dashboard | Follow

Wednesday 28 March 2012

Aku Hampa kecewa and bla-bla

Assalamua'laikum & salam sejahtera semua :)




Aku gagal.. swear aku gagal bangkitkan nama keluarga aku dengan keputusan SPM aku yang cemerlang..
yaa.. although orang kata, 'it's okay,kan tahun lepas sakit.. selalu ketinggalan pelajaran etc'
Well, aku nak tak nak salahkan masa lalu aku tu.. yang salah siapa? siapa lagi kalau bukan diri aku..


Aku rasa down gila dengan keputusan tu.. macam orang tak gi sekolah aku tengok.. aku rasa terpukul and kecewa gila dengan diri aku sebab tak dapat buat terbaik tahun lepas.. aku rasa arghhhhh adakah masa depan aku akan gelap dek kerana keputusan SPM aku yang entah apa-apa tuh? aku no komen lahh.. sebab aku baru je nak menapak..


Seriously, aku memang tak dapat masuk IPTA dalam jurusan yang aku minat.. semuanya berkaitan 'seni' yang aku layak.. sorryIPTA aku tak minat jadi pelakon or whateva bidang yang berkaitan dengan seni lakonan or lukis ke, apa ke.. aku bukan sombong.. cuma, aku tak minat! arghhh tolong jangan paksa aku!

antara picisan

Bila aku tengok keputusan aku tu balik... bila aku renungkannya balik.. result aku tuh, not bad jugak dengan kudrat aku yang macam tu tahun lepas.. tapi, siapa yang tak kecewa kan bila Mathematics, subjek yang penting hanya dapat Gred yang sekadar lulus? hurmm.. sedih.. yaa, aku memang pelajar yang lemah Mathematics.. sedih sangat.. apaa pun tak boleh.. -.-


Aku rasa Impian aku untuk bergelar seorang yang bekerjaya dalam bidang professional tu dah lesap macam gitu je.. Aku dah tak berpeluang dah.. aku tak layak.. 


Dalam rasa kekecewaan ni, aku ada terbaca satu blog ni..(ohhmaigoodd..she's a popular blogger and.. and.. beliau pernah comment at blog aku yang entah apa-apa ni ,dua kali..!huaaaa *melting*)  hurm, aku bangkit semula.. see her chronology of life, dia memang tabah although suatu ketika dulu SPM dia, dia kata, agak teruk.. tetapi, berkat usaha kental dia, dia berjaya menjadi seorang Peguam.. hurmm.. aku sungguh terharu dengan dia.. bangga dengan sikapnya yang tabah.. walaupun dia tak dapat nak capai target cita-cita impian pertama dia uh.. but, she has a strength to move on and achived her goals.. 
Tak macam aku, sikit-skit nak melalak and merengek bila fikirkan masa depan yang belum pasti uh.. hurmm, aku memang, lemah and tak kuat.. kan?


Entah, aku baru bertapak pada permulaan hidup aku.. walaupun aku dah gagal berpijak pada tangga yang pertama, but.. yahhh I will do the best in the future.. InsyaAllah..
Aku harap sangat agar Tuhan selalu dengar doa aku and bagi aku apa yang terbaik untuk diri aku..insyaAllah~






8 comments:

iffa Afifa said...

awak, sabar ye. mungkin ada hikmah disebalik semua ni :) smile okay.

teha said...

its oke dear.. nnti dh msk u , kena study rajin2 oke.. :)

BidadariBesi [SYAA] said...

tak cemerlang dalam spm, bukan bermakna tak bole cemerlang dalam hidup kan kak tara? :)

Nisa Fana said...

be strong my dear :') pegang kata2 ni "nanti kita tengok siapa yang dapat kerja yg lebih bagus dan siapa yang berjaya dlm hidup " org yg lulus cemerlang dlm SPM,tak semestinya berjaya dlm hidup

Miiss Tara said...

@iffa : okay sis .. hrm.. thanks :'D

Miiss Tara said...

@teha : will do!! saya tak nak jatuh lagi! huhu thanks :)

Miiss Tara said...

@bidadari ; yup, ! so, I must bangkit! huhu thanks :)

Miiss Tara said...

@khairunissa : nisa :'( sedih sangat tau.. huahua okay nisa.. thanks tau! akan tara ingat ! :)