Welcome to Unpredictable Life . Happy reading! | Dashboard | Follow

Saturday 8 December 2012

Diari Seorang Gadis





 Assalamua'laikum semua :)


Dah lama kan kiter tak menaip.. seriously, bosan tak tahu nak buat apa kiter ni..HAHA 
Jom baca karangan pendek kiter.. biasanya hal yang macam ni, terjadi kat remaja-remaja yang sedang hangat bercinta pada usia macam kiter.. haihhh macam-macam tau :P
AMARAN KERAS berwarna merah
tak semestinya tu citer kiter.. kiter sekadar citer je, tidak ada kena mengena dengan yang hidup ataupun yang sudah mampus meninggal dunia..
orang dok nengok jeee..
wkwkwkw




Cerpen : Diari Seorang Gadis 

"Dulu kamu kata, kamu sayang aku sangat-sangat.. kalau boleh, kamu takkan lepaskan..
TAPI sekarang kamu kata..
Kamu nak sayang aku secara sederhana.. sebab kalau terlalu sayang dan cinta, lama-lama cinta dan kasih sayang tu akan terlepas..
Tapi rupa-rupanya, kamu buat begitu sebab kamu nak bahagikan kasih sayang yang kamu bina pada ku, kepada orang lain, kan? kamu serba salah ke?


Betul ke, yang kamu tu ada hati kat seseorang tu? Tapi, kamu merasakan, taraf kamu dengan dia bagai langit dengan bumi? dan kamu rasa, kamu tak sekacak mana, untuk dia yang cantik? kamu buat semua nya untuk bukakan matanya berpaling padamu,bukan? kamu selalu cares pada dia berbanding pada cinta hati kamu yang dulu, bukan?dan kamu juga tak terniat untuk menjadi sebagai perampas cinta hati kawan mu, bukan? 


Kamu sperti mempergunakan aku kala kamu mempunyai masalah.. aku bukan tak sedar, tapi, aku ikhlas.. dan selepas semuanya selesai, kamu pun pergi meninggalkanku bersama yang lain..
Aku juga kuat kala kamu membuatku tiada wujud jika kamu bersama teman-teman rapatmu.. aku tidak mampu untuk merajuk atau memarahimu jika kamu sikap demikian.. air mataku membeku..
kalau kamu benar-benar sayangkan ku, kamu sendiri boleh fikirkan? 


Dan sekarang, segala rungutanku, kamu mengambil sikap endah tidak endah sahaja.. Jika yang lain, kamu sedia memberikan kata nasihat dan jalan penyelesaian.. beruntungnya mereka!..
aku pun, kadang-kadang menjadi segan sendiri untuk meluahkan kepadamu.. aku malu sangat.. Kamu pun seperti acuh tak acuh melayan ku.. aku pun menjadi serba salah untuk meluahkan.. dengan itu, aku mengambil keputusan untuk diam.. kamu tanya, aku jawab.. aku tahu, kamu terpaksa bertanya kan, kerana status aku dengan kamu adalah bercinta dan sepasang kekasih.. 


Aku di sini, hanya mampu melihat sikap lagak egomu.. aku sendiri lemah dengan kata janji manismu..
Dahulu, aku tahu, kamu sentiasa ikhlas dalam percakapanmu.. tutur manismu semuanya dulu lahir dari dalam hati.. kerana apa? kerana aku tak pernah meragui ketulusan hatimu.. kamu terima aku seadanya.. aku sedar, aku tidak semegah insan yang lain.. aku banyak cacat celanya.. aku sedar, aku amat beruntung dulu sebab memilikimu.. 


Dulu, air mataku sentiasa surut kerna kamu selalu ada disaat-saat airmataku kian merundum jatuh..
Kamu selalu menjadi penguat semangat hidupku bila aku lemah.. kamu juga selalu mengisi ruang-ruang sunyiku..

kamu juga memberi aku semngat untuk fokus untuk meneruskan cita-cita dan jangan berputus asa dalam kehidupan, dulu.. 


Aku, aku bukan tak percayakanmu.. aku percaya pada cinta kita,.
Tapi, dek kerana perbuatanmu itu, aku terdiam seribu bahasa untuk aku terus berfikir.. 
Aku rindu saat-saat dulu.. rindu juga pada puisi-puisi mu dan nyanyian-nyanyian lagumu terdahulu..


Walau apa-apa pun yang terjadi, aku selalu berdoa agar hubungan yang kita jalinkan ni kekal hingga ke akhir hayat.. macam janji-janji lama kita dulu.. yaa, kamu juga yang bina janji-janji tu dulu, kan?
Walaupun lama, aku tak pernah bosan denganmu.. akan ku selongkar sikapmu hari demi hari untuk aku kenal kamu.. ya, untuk aku benar-benar kenal kamu.. aku harap kamu pun begitu juga.. 
Aku tak perlukan perubahanmu kalau kamu tak ikhlas untuk berubah..
Pernahkah aku paksa? kalau pernah pun, untuk kebaikan dirimu jua..
itu sahaja yang aku mampu pinta..
Aku tak pernah pinta begini.. SUMPAH



Ikhlas ,
Gadis X  "




10 comments:

Yura said...

Siyez entry ni sangat2 mendalam maksudnya. By the way Kite dtg nak invite awak join segmen kite. Hope sngt blog awak boleh join. sini> http://nakahime.blogspot.com/2012/12/segmen-cari-follower-by-nakahime.html

Adrina Razali said...

I know who is Gadis X. I know she's strong enough to face all these :')

licha said...

hm.. bila baca rasa sedih pun ada..

Unknown said...

sabar jea lah :)

Miiss Tara said...

Yura ; hahaha tak dalam sangat pun.. thanks :)

Miiss Tara said...

Edd ; hahaha you ni.. !!! I think so, I just reka mereka je :P

Miiss Tara said...

Liza ; thanks.. hihi jadi jugak buat orang sedih :)

Miiss Tara said...

fasihah ; sabar kenapa kak? hahaha thanks komen :)

-> Misz Whatever <- said...

nice babe .

Miiss Tara said...

thanks babe.. ahhaha