Lalu aku pun duduk bersila di tepi tirai jendela..
Aku merenung ke luar..
Pemandangan sungguh tenang..
Bunga pun bekembang mekar, sang burung pun terbang bebas di awangan..
Fikiran ku kosong waktu itu..
Habis.. Habis.. Semua kisah silam pun bermain dalam ingatan..
Masih terus bermain di dalam ingatan..
Waktu itu, kita sama-sama mengukir janji..
Kita berdua bak insan dua sejoli..
Semua sama..
Baju sama, kasut sama.. hati yang sama.. wajah kita pun kian hampir sama..
Semua orang kata begitu..
Sampai aku terkesima dibuatnya..
Ah, Indahnya dunia!
Masa tu, aku nampak muka kau bersinar seperti pelangi petang yg berwarna warni..
Oh! Aku rasa dunia ni, aku yang punya bila melihat kau bahagia disamping aku..
Kau pun kata, sebab aku kau bahagia..
Aku pun tersenyum gembira..
Kau bawa aku pergi bercuti, bergembira sana sini tanpa kau mempedulikan wang ringgit..
Sebab kau kata, suatu hari nanti harta kau akan jadi milik aku walaupun aku tak pernah terlintas untuk memiliknya.. aku tak kisah, janji kau bahagia..
Kau pun berjanji ingin menyunting hatiku..
Menjadikan aku permaisuri hidupmu..
Terkadang itu,
Aku merajuk, kau sentiasa pujuk..
Tanpa mempedulikan penat lelah kau..
Kau hantar aku, kau ambil aku ketika aku memerlukan kau..
Kau tahu? Bila aku berada disamping kau, aku rasa selamat sangat..
Aku rasa, kalau gergasi sentuh aku pun, dia akan mati ditangan kau..
Aku rasa bahagia sangat..
Bahagia bak jutaan debunga kembang mekar diwaktu pagi..
Dengan kau, aku jarang.. jarang sekali meniti hari yang kelam.. hari yang kilat..
Semua mimpi buruk, jarang datang kepada aku..
Aku bersyukur sangat kepada Tuhan sebab kau dengan aku bahagia..
Aku dengan kau lagi lah gembira..
Beberapa tahun pun sudah berlalu..
Aku masih samar lagi..
Mengapa kau semakin jauh daripda aku..?
Mengapa kau semakin kasar kepada ku..?
Mengapa kau semakin menjadi sibuk bila ingin mencari waktu dengan ku..?
Waktu tu, aku keliru..
Kenapa ditakdirkan begitu?
Kenapa mimpi buruk menerpa aku?
Waktu itu, aku pasrah..
Pelbagai cara aku sedaya upaya memjukmu..
Mutiara jernih yang dulunya tersimpan rapat didalam peti, kini mencurah-curah membasahi pipi..
Aku mula gelisah..
Gelisah sangat..
Hati aku kian berkecamuk..
Mengapa semua ini terjadi?
Aku selalu menyalahkan diri aku..
Walaupun, aku masih lagi mencari-cari kesalahan diri ini..
Sehingga kini..
Hari demi hari..
Aku pasrah..
Aku redha..
Aku tiba menjadi kuat..
Dengan ketentuan Tuhan ini..
Aku percaya,
Ya! Aku percaya..
Kelak nanti, aku pasti menjamah hari bahagia..
Mungkin, walaupun tidak bersamamu,
Mungkin..
Bersama orang yang lebih menghargai aku..
Pergilah engkau wahai kekasih hati,
Aku redha dengan ketentuan ini..
Tidakku pinta pun semua ini terjadi..
Walaupun engkau..
Pergi Setelah Berjanji..
Aku dedikasikan ini khas buat temanku baikku..
Kau sungguh kuat..
Aku sayang kau :')
2 comments:
berbakat..=)
salam perkenalan sambil follow kat sini =)
Alhamdulillah..sangat indah ayat2 ni...janji sangat indah...
Post a Comment